
adilahmohd72
5 tahun
Bayi 1 ½ bulan Tidak buang air besar sudah 3 hari
Anak saya sudah tidak buang air besar selama hampir 3 hari… saya bg direct feed dan susu formula juga… sebelum ni, kalau bg susu formula dan dlm satu hari mesti akan berak jugak walaupun sekali. Mcm mana ye doktor? Apa patut saya buat? Saya ada urut2 juga perut dia guna teknik2 urutan bayi. Tp x ada hasil nya… saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk sebahagian besar bayi berusia lebih 1 bulan yang fully breasfeed , tidak berak selama beberapa hari itu adalah normal. Hal ini kerana, susu ibu mempunyai keseimbangan pemakanan yang sempurna untuk bayi anda, sehinggakan sisa susu yang menjadi najis adalah sangat sedikit. Yang penting adalah untuk anda perhatikan apakah terdapat tanda-tanda sembelit seperti:
- menangis
- hilang selera makan (minum susu)
- muntah
- kembung
- harus meneran
- kotoran cair atau keras
Bagu sesetengah bayi lain yang mana tidak buang air besar lama, terdapat masalah kesihatan yang mungkin terjadi berupa:
- Hirschsprung disease akibat kehilangan sel saraf di usus
- Volvulus - yaitu apabila bahagian usus terbelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.