
Sulit
3 tahun
Bayi 1tahun 4bulan berak berdarah
Bayi saya berusia 1tahun4bulan…mengalami cirit birit 4kali…pada kali yang ke 4 bayi cirit saya mendapati najis bayi saya ada lendirberdarah…bayi masih aktif dan makan seperti biasa.apakah masalah yang di hadapi anak saya adakah masalah ini berbahaya,mohon penjelasan Dr…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda menghadapi masalah cirit-birit yang berdarah. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cube membantu.
Saya tidak dapat merungkai punca sebenar perubahan dan kondisi yang dialami oleh bayi anda kerana maklumat yang diberi adalah tidak terperinci. Namun, secara umumnya kondisi bayi anda boleh dikaitkan dengan:
- jangkitan kuman pada saluran pencernaan
- inflamasi/irirtasi/luka pada kawasan dubur
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda sangat digalakkan untuk berbincang dengan doktor secepatnya. Di samping itu, anda harus memastikan bahawa bayi anda terhidrasi secukupnya (cukup minum air).
Bayi anda memerlukan bantuan doktor segera sekiranya anak anda mengalami:
- loya berterusan
- mual atau muntah
- demam atau sering gelisah
- lemah badan atau menjadi semakin pasif
- kurang atau tidak mahu makan atau minum
Saya harap jawapan diatas dapat membantu anda. Jika anda ingin bercakap dengan doktor atau pakar kami untuk berbincang tentang masalah bayi anda dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.