
Sulit
4 tahun
Bayi 2 bulan lebih kentut lepas tu berak cair
Hai doctor saya ibu kepada 2 anak. bulan 2 hari tu baru bersalin. saya ada soalan nak tanya bayi saya sekarang dah 2 bulan lebih,dia susu formula. masalah saya sekarang anak saya lepas susu dia kentut lepas tu berak cair. normal ke doctor macam tu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Namun sebagai ibu-bapa, anda harus perhatikan gejala cirit-birit yang lain. Ini termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda
Cirit-birit boleh disebabkan oleh:
- alergi
- minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
- Jika anda baru sahaja tukar susu, memberi makanan kepada bayi anda, ia boleh menyebabkan perubahan corak pembuangan najis bayi anda. Anda disarankan untuk memastikan anak anda kekal terhidrat.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anak anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak ke hospital atau klinik untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam atau sakit perut yang teruk.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan penerangan selanjutnya. Terima kasih