
Sulit
3 tahun
Bayi 2 bulan tidak buang air besar
Hi, anak saya baru masuk 2 bulan 18 hari untuk pertama kalinya anak saya dh tk membuang air besar selama 5 hari adakah ia normal ? Sebelum ni anak saya akan membuang setiap hari ini pertama kali terjadi . Untuk penyusuan pulak saya ada campur dgn susu formula tetapi tidak kerap boleh dikatakan sekali sehari atau sekali dlm 2/3hari selebihnya kepada susu ibu . Susu formula saya tidak pernah tukar dri dia lahir saya masih guna jenama sama & tiada masalah sembelit/cirit birit/muntah . Jika ia normal adakah ia akan terjadi selepas ini dan sehingga bayi umur berapa ? Jika tidak normal apa yg saya perlu buat yer ? Tolong berikan pencerahan & keterangan untuk saya . Terima kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda terhadap anak anda yang tidak membuang air besar selama 5 hari. Jangan bimbang kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kekerapan membuang najis bagi setiap bayi atau individu adalah berbeza dan ini bergantung dengan beberapa faktor seperti:
- Umur
- Pemakanan
- Pergerakan usus
Secara purata, bayi akan membuang najis 1 hingga 2 kali sehari dan juga boleh membuang najis selang 2 atau 3 hari sekali . Mengenai masalah yang dialami oleh anak anda, kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dibuat .
Berikut merupakan antara punca lazim mengapa anak anda tidak membuang najis:
- Dehidrasi
- Jangkitan usus
- Pergerakan usus yang perlahan
Kami juga sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan juga supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.