
Sulit
3 tahun
Bayi 3 bulan cirit birit
hello doktor,saya nak tanya mengenai baby sy yg berusia 3 bulan lebih dan dah nak masuk 4 bulan…selalunya baby sy berak dlm 2 kali sehari tapi x cair n berbiji…skrg dlm sehari 3/4 kali sehari…taik dia pon warna kuning mustard cair dan berbiji…demam dia surut siki tapi ada batuk and kahak…ap yang perlu sy buat ea…adekah normal sebab dia nak beralih bulan…atau sebab jangkitan dalam perut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, anak anda kini najisnya cair dan lebih kerap daripada biasa. Kami faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk membantu.
Menurutk simptom yang dijelaskan, ia boleh terjadi daripada beberapa punca. Antaranya ialah:
- Keracunan makanan
- Jangkitan kuman dalam perut
- Jangkitan usus
- Keradangan usus
Walaubagaimanapun, diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar kanak-kanak untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah anak anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor pakar kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.