
Sulit
4 tahun
Bayi 4 bulan 2 minggu kurang menyusu
bayi saya berusia 4 bulan 2 minggu. pada awal nya bayi saya oke menyusu. sye kasi bf & formula . selepas berpantang saya saya bawa dia pulang ke rumah kami yg berjauhan negeri dari tempat dia dilahirkn dan berpantang. setelah sampai ke rumah kami bayi saya menolak breastfeeding dan hanya bergantung dengan susu formula kerna susu saya makin mengering.kini bayi saya berusia 4 bulan 2minggu dia kurang menyusu dan menolak puting botol dengan lidah. cuma akan menerima susu ketika dia sedang tidur. apakah yg patut saya lakukan? kini berat badannya ssmakin berkurang. bolehkah saya menambah nestum sebagai nutrsi makanan bayi saya utk menaikkan kembali berat badannya?

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang anak anda.
Untuk makluman anda, anda tidak digalakkan memberikan makanan selain daripada susu ibu dan susu formula sebelum umur 6 bulan, masalah ini boleh berlaku kerana:
- Bayi anda merasa sakit, atau tidak sihat untuk menyusu.
- Bayi anda dipegang dalam posisi tidak selesa.
- Bayi anda tidak menyukai suhu, rasa, atau tekstur susu.
- Bayi anda tidak menyukai tekstur atau rasa botol.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, anda perlu mencari puncanya terlebih dahulu. Secara amnya anda boleh lakukan perkara berikut:
- Peralihan secara perlahan, konsisten, dan beransur-ansur dari penyusuan susu ibu ke penyusuan botol.
- Tunggu sehingga bayi anda cukup lapar sebelum menyusu.
- Cuba ubah saiz dan bentuk botol, puting susu, atau aspek lain dari botol untuk melihat apa tindak balas bayi anda.
- Eksperimen dengan suhu susu atau formula. Susu ibu suam-suam kuku, jadi pastikan botolnya tidak terlalu panas atau sejuk.
- Pegang bayi anda dalam posisi penyusuan yang berbeza dan lihat apa tindak balas mereka.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.