
Anonymous
6 tahun
Bayi 4 bulan batuk 2 minggu
sy melor ank sy baru berumur 4 bulan. dia batuk bila siang boleh dikira tp time tido batok teruk sy da pegi hospital n klinik tp doktor ckp paru-paru dia oky darah pon dah check x de kuman pon sy kesian tngok ank sy bile batok rse mcm nk terkeluar tekak dye rse kahak tu ade kt kerongkong dye…ada ape2 cara tak nk hilang kn batuk. terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Antara penyebab batuk pada bayi adalah:
- Bayi yang mengalami alahan terhadap persekitaran atau makanan
- Bayi mengalami selsema dan lendir dari hidung turun ke tekak
- Sistem penghadaman bayi belum matang
Biasanya ia boleh dikurangkan dengan beberapa cara:
- Patikan bayi anda tidak kesejukan
- Menepuk bahagian belakang bayi boleh melonggarkan kahak di dalam paru-parunya
Bagi memastikan anak anda tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar maklumat lanjut dan pemeriksaan boleh dijalankan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.