
Sulit
4 tahun
Bayi 4 bulan mula batuk berkahak
saya baru bertukar susu formula (frisolac to dutch baby) kepada bayi dalam tempoh 2 minggu.Saya dapati bayi saya mengalami batuk.Pada peringkat awal, hanya batuk biasa (tidak kerap, tiada kahak).Pada pagi ini, saya dapati bayi mula batuk berkahak.Adakah saya perlu menukar susu lain? Saya juga mendapati cara pernafasan juga tidak begitu baik.adakala berbunyi.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berkahak pada bayi boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- Jangkitan saluran pernafasan
- Jangkitan paru-paru
- Bronkiolitis
- Viral wheeze
- Jangkitan tibi
Disebabkan pernafasannya terganggu dan berbunyi saya sarankan anda untuk ke klinik dengan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.