
Sulit
4 tahun
Bayi 50 hari berak lendir campur sedikit darah
Bayi saya 50 hari dan sudah 2 hari mengalami cirit birit. Saya juga mengalami cirit birit tetapi tak sekerap anak saya. Kelmarin dia berak bercampur darah termasuk harini. Tapi tidak banyak cuma sedikit darah yg keluar bersama najis yang berwarna kuning berketul2 halus dan juga cecair kuning kehijauan. Kebanyakannya saya bagi susu formula dan sebelah malam menyusu badan. Keadaan bayi saya normal tidak menunjukkan dia sakit. Itu saja, Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah membuang air besar serta najis berdarah yang dihadapi oleh bayi anda yang tersayang. Untuk makluman anda, adalah kemungkinan besar bahawa bayi anda tengah menghadapai penyakit usus yang khusus berlaku pada usia kelahiran, antaranya ialah:
- Penyekatan usus atau usus tersumbat yang berlaku akibat masalah mekanikal, seperti Volvulus dan Malrotation .
- Jangkitan virus atau kuman pada usus bayi yang boleh menyebabkan keradangan usus. Ini adalah disebabkan oleh pertahanan imun bayi yang masih belum matang.
- Penyakit Hirschprung , iaitu sejenis penyakit pengsarafan usus yang tidak matang ketika dalam kandungan. Namun, perkara ini selalunya dikenalpasti sebaik sahaja 1-2 hari selepas kelahiran.
- Masalah kekurangan vitamin K
- Penyakit ulser perut akibat alahan
- Alahan pada susu formula yang diberi.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Kami sarankan anda untuk membawa bayi anda untuk diperiksa lebih lanjut oleh doktor kanak-kanak yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah dengan lebih tepat sekiranya perkara ini berlarutand atau semakin teruk. Jika anda kurang memberikan susu badan, kami sarankan anda untuk mengamalkan penyusuan badan dengan lebih kerap sekurang-kurangnya selama lebih dari 6-12 bulan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.