
sitinazatul92
5 tahun
Bayi 6 bulan tidak mahu menyusu
Hai doktor. Bayi saya berumur 6 bulan 15 hari. Sudah diberi solid food. Masalah anak saya ialah, dia dah kurang menyusu susu formula. Sehari kadangkala 2 botol sahaja 5oz itu pun kadangkala tak habis. Dan lagi satu, masalah anak saya ialah dia akn minum susu pada waktu dia tidur sahaja. Jika semasa dia berjaga saya berikan susu, dia pasti akan gigit puting botol dan tolak puting dengan lidah. Saya sangat risau. Adakah jalan penyelesaian doktor? Bolehkah anak saya diberi vitamin scott emulsion atau apa2 vitamin untuk menambah seleranya? Bolehkah doktor cadangkan vitamin yang sesuai atau susu yg sesuai utknya? Hal ini kerana bmi anak saya dalam kategori susut. Panjang 68cm berat 6.49kg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, scott emulsion hanya boleh diberikan pada kanak-kanak satu tahun ke atas. Pada awal diberi solid, kanak-kanak kebiasaannya mengambil masa untuk selesa dengan makan.
Bagi meningkatkan selera kanak-kanak, anda disarankan:
- menggalakkan sarapan pada kanak-kanak
- galakkan pengambilan makanan yang tinggi iron kerana iron yang rendah akan menyebabkan kurang selera makan
- galakkan mereka makan setiap 2 jam. belikan makanan bayi seperti biskut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.