
Sulit
5 tahun
Bayi ada soft palate dan reject susu
Bayi berumur 6 bulan, sejak lahir lg ada masalah menyusu. Sekarang menggunakan botol medela feeder. Sebelum ni mmg paksa menyusu, Alhamdulillah dia blh minum walaupn kadang2 berperang tp masuk 5bulan5hari susah nk susu. 2oz pun kdg2 setebgay jam dan ada kala nya tak habis pun. Bila dah 6 bulan beri makan pun tak mau. Sejak pandai pegang barang dia selalu tolak botol dan keraskan badan. buntu sebab susu pun byk dah tukar, skrg minum mamex cherish sehari tak lebih 20oz. Normal ke? Berat nya baru 6.6kg lahir 2.3kg. Bantu sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, secara amnya berat badan bayi akan dijangka akan bertambah dua kali ketike bayi berumur 4-6 bulan. Oleh itu, pertambahan berat anak anda adalah baik.
Untuk masalah bayi anda tidak mahu menyusu, ia berkemungkinan kerana dia tidak lapar. Selain itu, menjadi kebiasaan bagi bayi untuk sukar diberikan makanan. Maka para ibu bapa harus kreatif dalam membuat makanan bayi agar mereka tertarik untuk makan.
Oleh kerana penambahan berat bayi anda adalah baik dan masih aktif , saya tidak terlalu risau mengenai masalah menyusu dia. Teruskan menyusu dia seperti biasa.
Akan tetapi bagi mengetahui lebih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi dengan maklumat terhad yang anda berikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.