
Anonymous
4 tahun
Bayi baru keluar boleh pakai honey untuk letak mulut tak
Hi,Nama saya Thomas,nak tanya doktor,baby baru keluar tak sampai seminggu,boleh pakai honey letak di mulut depan x?sebab mulut baby senang kering

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Untuk pengetahuan anda, anda tidak disarankan untuk memberikan honey kepada bayi anda sebelum umur 1 tahun kerana honey tersebut mungkin mempunyai sisa bakteria yang akan menyebabkan jangkitan.
Untuk mengatasi masalah bibir kering, anda boleh letakkan susu ibu di bibir bayi untuk basahkan dan lembutkan bibir bayi. Anda juga boleh gunakan organic, natural lip balm dengan jumlah yang sedikit untuk bayi anda untuk isu ini.
Untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai isu ini, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih.