
Sulit
4 tahun
Bayi baru lahir dimasukkan dalam inkubator
DR. Bayi saya baru sahaja lahir. Selepas lahir bayi duduk dengan ibunya. Tetapi ibu perasan pernafasan bayi sedikit laju. Jadi terus dimasukkan didalam inkubator dan dihantar ke NICU. DR ada hubungi saya mengatakan pernafasan bayi laju dan mempunyai lengkuk, xray mempunyai jangkitan kuman di paru paru, keputusan darah sedikit tinggi iaitu 32 dan juga DR telah menaikkan sedikit oksigen lebih tinggi daripada biasa. Mampukah bayi tersebut bertahan? Berapa lamakah tempoh bayi akan berada didalam inkubator? Jangkitan kumah di paru paru tersebut akan kekal sehingga kanak kanak ke? TQ DR

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Tempoh pemulihan bayi anda akan bergantung pada tahap keterukan jangkitan tersebut. Jika berada di tahap yang teruk, bayi anda memerlukan rawatan antibiotik selama 8 hari dan perlu dipantau sepanjang berada di NICU untuk memastikan jangkitan tidak bertambah teruk. Jangkitan paru-paru tidak akan kekal dan boleh disembuh dengan rawatan, namun jika bayi anda mempunyai masalah kesihatan yang boleh menyebabkan sistem imuniti lemah, ia boleh meningkatkan risiko untuk mudah terkena jangkitan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor yang sedang merawat bayi anda kerana beliau lebih memahami keadaan bayi anda dan lebih mudah untuk anda mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.