
Sulit
4 tahun
Bayi batuk berpanjangan
Salam sejahtera doktor.
Masalah batuk berpanjangan ini terjadi kepada bayi sy yg berusia 11 bulan. Sudah hampir 1 bulan batuk dan selesema. Jarang disertai demam dan tidak demam melebihi 38.5C.
Apakah punca, dan apakah antara langkah atau saringan yg boleh doktor cadangkan serta langkah pencegahan dari berulang.
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah batuk berpanjangan yang terjadi kepada bayi anda. Untuk makluman anda, batuk pada bayi yang berusia 11 bulan boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- Infeksi saluran pernafasan
- Jangkitan paru-paru
- Bronkiolitis
- Viral wheeze
- Jangkitan tibi
Memandangkan bayi anda masih terlalu kecil, sebaiknya diperhatikan dan dibawa rujuk ke doktor dengan segera kerana dikhuatiri kondisi dapat memburuk.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih