
hazila95yasin
3 tahun
Bayi berusia 2 bulan sukar berak. 3-4 hari baru berak. adakah normal?
Anak saya berusia 2 bulan. selepas cmpur dgn susu formula ank berak jarang sekali. 3-4 hari sekali. kemudian sy hanya beri susu badan sama jugak. dia tak berak2

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya sembelit dikaitkan dengan kondisi di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kekerapan membuang najis adalah sangat tidak kerap atau berkurangan. Berdasarkan kajian, frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut:
- Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
- Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Namun perlu difahamkan konsistensi najis (i.e. keras, lembik, cair, warna tidak normal) lebih cenderung di perhatikan berbanding kekerapan si kecil membuang air besar. Selain itu masalah ini sering terjadi di kalangan bayi antaranya:
- bayi yang sedang belajar mengawal pembuangan najis
- faktor trauma
- masalah pencernaan
- atau gangguan lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anak anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat sekiranya gejala berlarutan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.