
Sulit
4 tahun
Bayi berusia 2bulan lebih kurang kencing
Hi doktor. Bayi sy baru berusia 2bulan 18hari. Dia menyusu badan penuh. Waktu menyusu dia dalam 2-3 jam sekali. Dalam 2,3 hari ni sy perasan pampers dia lambat utk penuh. Biasanya dlm 4jam sy dah kena tukar tp sekarang 6,7jam pun masih belum penuh. Pagi ni sy tukar pampers dia dalam pukul 6pagi tp masa nak mandikan dia pukul 10pagi tu pampers dia kering mmg tak kencing langsung. Adakah normal atau ape saranan doktor? Terima kasih ye.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bayi anda hadapi iaitu kurang kencing. Untuk makluman anda, bayi boleh membuang air kecil sekerap setiap tiga hingga tiga jam atau tidak kerap iaitu sebanyak empat hingga enam kali sehari.
Jika ketika bayi sakit atau demam, atau ketika cuaca sangat panas, pengeluaran air kencingnya yang biasa mungkin turun separuh dan masih normal. Membuang air kecil yang normal tidak akan menyebabkan kesakitan. Namun, sekiranya anda melihat tanda-tanda kesusahan semasa bayi anda membuang air kecil, beritahu pakar pediatrik anda, kerana ini boleh menjadi tanda jangkitan atau masalah lain pada saluran kencing.
Pada bayi yang sihat, air kencing adalah berwarna kuning muda hingga gelap. Air kencing akan lebih pekat ketika anak anda tidak minum banyak susu/cecair dan boleh ditandai dengan tanda dehidrasi yang lain.
Anda amat disarankan berjumpa dengan doktor sekiranya bayi anda mengalami antara gejala seperti:
- Sering menangis
- Lemah/ tidak bermaya
- Mata cekung
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih