
Sulit
3 tahun
Bayi berusia 4 bulan kurang kencing secara tiba tiba
Assalamualaikum doktor , sy nk tny ,sy ad anak brusia 4 bln , dlm mse 4-5 hari ni , dia kurang sngt kencing , biasanya sehari sy tukar pmpers 5-6keping shari , skrg 3 je , tu pn x penuh , ad msalah ke doktor ? , sy risau sngt, biasa stiap kli sy tukar msti pmpers dh oenuh , lpastu air kncing dia mcm kekuningn siket , tolong jlaskn tntang ni ya doktor

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang bayi anda yang mengalami gejala kurang kencing. Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda.
Gejala bayi kurang kencing boleh berlaku jika bayi mengalami dehidrasi. Dehidrasi kebiasaannya berlaku apabila bayi kurang meminum susu, mengalami jangkitan pada usus atau akibat faktor cuaca panas.
Namun gejala ini boleh menandakan perkara yang lebih serius seperti:
- Jangkitan pada saluran kencing
- Masalah pada saluran atau pundi kencing
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.