
solehahsabarudin
5 tahun
Bayi dalam kandungan menghadapi ginjal bengkak
Saya berusia 26 tahun dan kini sedang hamil anak pertama berusia 22minggu. Saya baru selesai membuat details scan utk bayi saya. Semasa scanning dijalankan, Sonographer mendapati ginjal bayi sebelah kiri kelihatan sedikit bengkak. Pundi kencing bayi ketika itu juga penuh. Dia minta untuk merujuk doktor pakar dalam hal ini. Boleh saya tahu apakah punca ginjal bayi bengkak?adakah ini masalah serius ataupun tidak? Apa yang perlu saya lakukan untuk memastikan kandungan terus membesar dengan sihat tanpa sebarang risiko. Terima kasih dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, bagi perkara seperti ini, kami yidak boleh memberikan jawapan kepada soalan anda kerana tiada maklumat lengkap tentang imejan scan yang telah anda jalani. Memandangkan anda juga telah disarankan untuk dirujuk kepada pakar, sila dapatkan penerangan dan maklumat lanjut tentang situasi anda dan kandungan daripada doktor yang merawat anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.