
ymyvivo
5 tahun
Bayi dalam kandungan
Bayi sy 20 minggu tapi saiz masi 14 minggu dan bila scan …bayi masi kecil dan bengkak seluruh badan …dan mempunyai air yang mmbuat nya besar …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kami tidak boleh mentafsir imbas ultrasound tanpa laporan rasmi.
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai sebab kepada bayi kecil. Antaranya:
- Amalan gaya hidup seperti merokok/minum arak semasa mengandung
- Ibu memiliki masalah kesihatan kronik
- Jangkitan Virus atau Kuman
- Keturunan/genetik
- Masalah plasenta
- Penyakit Genetik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.