
fadzlindaz
5 tahun
Bayi dengan microform cleft lip
Saya mempunyai bayi 2 bulan setengah yang mengalami microform cleft lip. Saya ingin membuat pembedahan kosmetik terhadap bayi saya tapi dinasihatkan oleh doktor pakar supaya menunggu sehingga anak saya berusia 16 tahun. Tidak kah terlalu lama lagi untuk menunggu. Faktor persekitaran juga membuatkan saya stress kerana ada segelintir orang yang perasan terhadap bibir anak saya mengatakan ia pelik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai jenis cleft yang boleh dihadapi oleh bayi. Bagi masalah anak puan, umur yang disarankan adalah berdasarkan cadangan pakar bagi mengelakkan risiko dan komplikasi pembedahan yang lebih buruk jika pembedahan dilakukan pada usia yang awal.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.