
deendessy.8789
5 tahun
Bayi g6pd alahan pada susu lembu
Mohon pencerahan doc. Ank sy alahan susu lembu. Susu apekah yg sesuai dgntikn dgn susu lembu untuk bayi g6pd. Tq doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, penghidap G6PD tidak alah kepada susu lembu. Mereka alah kepada kacang parang, ubat gegat, dan ubat anti malaria.
Alahan kepada susu lembu atau suatu makanan atau minuman perlu mendapat pengesahan dan pandangan doktor. Secara amnya, bayi anda boleh meminum susu lain melainkan bayi anda turut alah terhadap produk yang lain.
Anda digalakkan untuk berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor terutamanya pakar kanak-kanak.
Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.