Sulit
4 tahun
Bayi G6PD, dan ibu yang menyusukan anak
Saya bertanyakan dari pihak isteri saya, isteri sya masih breastfeed anak yg berusia 2 tahun, agak sukar untuk putus susu badan, disini ingin saya tanyakan adakah sesuai utk isteri saya mengambil vaksin jenis sonivac, dan mejadi kerisaun jika susu yang dihasilkan dan diberikan pada anak saya selepas diberi vaksin mungkin akan mengakibatkan alahan teruk pada anak saya, ini kerana sebelum nie wife pernah makan multivitamin yang ada ascorbic acid dab spike temperature anak, bila stop ok, bila makan multivitamin tersebut terjadi semula … Adakan bayi perempuan yg menghidap g6pd dikategorikan sebagai rare kes, kerana penghidap g6pd byk dalam kalangan lelaki, utk perempuan sebagai penghidap kesnya adalah sgt terpincal, utk makluman test assay utk darah dah buat 2 kali selepas 6 bln dan masih g6pd intermediate, tq doctor …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, isteri anda boleh terima suntikan vaksin Covid, ia tidak akan mempengaruhi kesihatan isteri anda sesama anak anda. Selain itu, sesiap yang menghadapi G6PD juga layak untuk terima suntikan vaksin Covid, maksudnya vaksin ini tidak akan mempengaruhi kesihatan anak anda sekiranya menghadapi G6PD.
G6PD adalah penyakit turunan genetik x-linked biasanya dihadapi oleh lelaki sebab lelaki hanya mempunyai 1 gene x-linked; manakala perempuan mempunyai 2 gene x-linked, biasanya perempuan adalah pembawa, kadangnya bergejala ringan atau tidak. Dengan ini, maksudnya penghidap g6pd lebih banyak dalam kalangan lelaki.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























