
tshabarna
5 tahun
Bayi hisap jari tangan
Bayi saya berusia dua bulan kerap hisap jari. Adakah itu normal? Perlukah saya bimbang terhadap perlakuan itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tabiat menghisap jari merupakan tabiat semula jadi yang ada sejak dalam rahim ibu lagi. Perkara ini normal. walaubagaimanapun, anda disarankan menjaga kebersihan tangan bayi anda. Hal ini penting kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman pada lelangit bayi sehingga menyebabkan ulser dan demam. Selain itu, anda harus mendidik anak anda untuk kurang melakukan tabiat tersebut kerana tabiat itu jika tidak dibendung dan secara berlebihan akan menyebabkan gigi yang tidak tersusun dan gigi yang kehadapan (jongang).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.