
Sulit
5 tahun
Bayi Jantung berlubang
Ank sy berumur 34 hari. Mengidap jantung berlubang sejak lahir disebabkan ada ciri2 cromosom21. Bby baru dibenarkan pulang kerumah selepas 26 hr ddk di ward nicu untuk pantauan. Sy ingin bertanya jika bayi saya kurang menyusu dan suka tidur… sehingga terlepas waktu menyusu adakah ok atau tidak. Sebab bila saya paksa dia bangun untuk menyusu dia memang tidak mahu. Dan bila dipaksa saya risau dia akn sesak nafas disbbkan jantung dipam terlalu laju. Satu lagi. Bayi saya kurang berat dan susu badan sy kurang. Apakah susu formula yang boleh saya ambil untuk menambahkan berat badan bayi memandangkan bayi sy mungkin akn dibedah ketika umur 6 bulan. Dan berat 5@6kg. Sekarang berat hanya 2.5kg.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk menjawab soalan puan, keseimbangan untuk memberikan susu dan bagi memastikan bayi puan cukup tidur adalah amat sukar. Sekiranya susu badan puan tidak mencukupi, puan boleh merujuk kepada pakar kanak-kanak akan susu bersesuian dengan anak anda sebagai pemakanan tambahan dan masa serta jumlah yang sesuai untuk diberikan kepada anak anada. Hal ini kerana anak anda mempunyai kondisi jantung berlubang dan akan dibedah pada umur 5-6 bulan dan dari segi pemakanan, anak anda memerlukan nasihat pakar bagi memastikan penerimaan nutrisi yang mencukupi dan selamat. Sekian.