
teharashid
3 tahun
Bayi jatuh katil hingga hidung berdarah
Salam sejahtera
Anak saya berusia 9 bulan telah jatuh katil dalam keadaan terbaring dan hidungnya berdarah.Namun anak saya masih aktif seperti biasa. Sebulan sebelum itu pernah jatuh katil juga hingga dahi bengkak dan hidung berdarah. Saya terus bawa ke klinik dan doktor mengesahkan anak saya tidak ada apa apa masalah. Adakah hidung berdarah kali ini kesan daripada jatuh katil sebelum ini, perlukah saya bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana agak merisaukan setelah jatuh katil beberapa kali.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, hidung berdarah boleh disebabkan oleh beberapa sebab:
- Kecederaan atau trauma kepada salur darah di kawasan hidung
- Masalah pembekuan darah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca masalah pendarahan tersebut berdasarkan soalan yang diberikan sahaja memandangkan maklumat lanjut perlu diketahui dan pemeriksaan lanjut perlu dibuat. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Selain itu, anda juga boleh melakukan perkara ini untuk mengelakkan anak anda daripada kerap jatuh:
- Sentiasa memantau pergerakan anak anda
- Meletakkan anak anda di dalam katil bayi yang mempunyai penghadang yang tinggi
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.