
diah_sani88
3 tahun
Bayi Kembar 6 Bulan Kencing Bertukar Kuning
Anak saya kembar lelaki, sudah berusia 6 bulan. Dan saya telah mula memberi nestum dan bubur. Hanya untuk memastikan adakah normal jika kencing bayi saya bertukar kuning pekat jika mula makan… Berapa kali sehari perlu saya beri makan bagi permulaan di usia 6 bulan ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anak anda menunjukkan gejala sedemikian, seperti:
- Dehidrasi
- Pemakanan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Mengenai pemakanan pula, ia bergantung kepada kondisi anak anda. Secara purata, kekerapan makanan bagi kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 8 bulan adalah sebanyak 4 hingga 6 kali sehari. Ini mengambil kira faktor pemakanan dan penyusuan. Ini hanyalah anggaran kami sahaja dan kami amat galakkan untuk anda berhubung dengan doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai pemakanan anak anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.