
Sulit
4 tahun
Bayi kerap kembung perut dan tidak berak selama seminggu
Bayi lelaki saya berumur hampir 2bulan kerap kembung perut dan seminggu tidak berak, apabila berak tahinya bewarna hijau lumut, apa punca kembung perut dan tidak berak? Adakah saya perlu tukar susu formula… Bayi diberikan fm kerana dr sarankan untuk saya topup fm sebab masalah berat badan… Terima kasih dr…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu sembelit selama seminggu sehingga kembung perutnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan bayi sembelit antaranya ialah:
- Pengaruh gaya hidup - Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Pengaruh ubat-ubatan - Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda adalah amat disarankan untuk membawa anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti bagi mengetahui punca yang sebenar supaya rawatan boleh diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.