deyazanial
4 tahun
Bayi kurang buang air kecil
Anak saya umur 10 bulan 23 hari, normal ke kalau kurang buang air kecil? Sebelum ni dia minum S26, pampers tukar dalam setiap 4-5 jam sekali. Baru-baru ni saya tukar susu pada brand yang lain. Ape yang saya dapati, dia kurang buang air kecil. Pampers akan penuh selepas 7-8 jam. Normal ke?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kurang buang air kecil bagi bayi anda memerlukan maklumat tambahan seperti jumlah susu yang diminum, jenama dan bahan susu tersebut, kuantiti air kencing dan sejarah kehamilan anda. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kurang kencing dalam kalangan bayi adalah:
- Kurang minum susu
- Susu terlalu pekat
- Masalah pundi kencing - seperti “posterior urethral valve”
- Masalah saluran buah pinggang - seperti “vesico-urethral reflux”
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anak anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.