
Sulit
4 tahun
Bayi kurang menyusu dan muntah hijau
Bayi saya berumur 3bulan 20hari. Saya perasan dalam 3 hari ini bayi kurang menyusu (7oz dalam sehari) dan pada hari ini berak bayi berwrna hijau dan cair. Bayi pun semakin kurang kencing.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, muntah hijau pada kanak-kanak boleh jadi adalah petanda awal terdapat sumbatan pada saluran pencernaan bayi. Sumbatan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Duodenal atresia - yaitu masalah pada pembentukan bahagian duodenum
- Malrotasi dengan atau tanpa volvulus - yaitu masalah pembentukan usus
- Juojenoileal atresia - masalah pada pembentukan bahagian juojenum
- Meconium ileus - sumbatan najis
- Necrotizing ileus - apabila terdapat bahagian yang merosak
Memandangkan gejala ini melibatkan bayi, dikhuatiri ia adalah masalah serius, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.