
Sulit
5 tahun
Bayi kurang menyusu sejak mula makan makanan pejal
Bayi saya mula makan sejak sebulan yang lalu. Kini berusia enam bulan lebih. Namun semakin hari, bayi saya makin kurang menyusu, lebih kurang hanya 2oz setiap tiga jam, dan tidak akan menyusu langsung jika saya cuba kerapkan penyusuan. Pada awalnya saya hanya beri makan pada waktu pagi, namun apabila bayi saya kurang menyusu walaupun sudah masuk waktu petang hingga malam, saya terpaksa memberinya makan pada waktu petang juga. Bayi saya tidak pernah meragam sejak mula makanan pejal, najis nya juga tiada masalah. Untuk pengetahuan doktor, bayi saya sering muak susu sejak awal kelahiran dan tidak kuat menyusu. Namun sejak diberi makanan pejal, bayi saya sangat berselera makan. Sebelum ini, bayi saya perlu dikejut pada waktu malam untuk menyusu. Namun sejak mula makan, bayi saya akan mengamuk jika dikejut malam untuk menyusu, walaupun saya sudah lewatkan tempoh penyusuan untuk membiarkan dia benar-benar lapar sebelum susu. Saya risau kerana bayi saya baru enam bulan lebih dan susu masih merupakan makanan utama bayi

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan ada mengenai masalah ini. Untuk pengetahuan anda, bayi 6 bulan lazimnya akan minum 3-4 kali atau sekali setiap 3-4 jam. Dan kebiasaanya, bayi akan merengek dan menangis sekiranya dia lapar.
Berbalik kepada soalan anda, jika anak anda membesar secara normal dengan nutrien yang mencukupi dan berat badan yang mrningkat, tiada sebarang masalah jika dia kurang menyusu. Namun, teruskan menyusu walaupun kurang kepada anak anda. Jika dia enggan minum lansung, anda harus mendapatkan konsultasi doktor segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.