
Sulit
5 tahun
Bayi lelaki sawan demam 5 kali
Bayi lelaki saya berumur 6 bulan. Mengalami sawan tarik @ sawan demam. Seperti mana kakaknya sebelum ini juga apabila berumur 6 bulan juga keadaan yg sama. Di mana suhu yang tidak kritikal 36,37 mula kena sawan, yang selalunya bawah 2minit. Kadang2 terjadi 2x dalam 24jam. Cuma bila yg adik lelaki yang ini. Pada hari ini 1Dec2019 sawan yang di alaminya adalah 5x, jadi saya mau tanya pendapat doktor adakah saya patut bawanya ke hospital terdekat, saya sentiasa monitor suhu dan keadaan bayi tersebut selepas dia sawan dan bayi masih keadaan baik. Kami sentiasa peka sebab sebelum terjadi anak kami akan nampak lemah ,muka sedikit pucat dan bibir mula sedikit biru. Dan seterusnya dia akan sawan selama 1 minit lebih ataupun bawah 2 minit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sawan demam ini memerlukan rawatan hospital yang rapi dan punca sawan yang lain mestilah diperiksa dengan lebih teliti. Sawan ini boleh menjejaskan pertumbahan minda seseorang kanak-kanak, kadang kala kecederaan pada tubuh badan akan berlaku sekiranya sawan ini menjadi agresif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana sawan kanak-kanak ini boleh membahayakan kesihatan mereka Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.