
Sulit
4 tahun
Bayi mengalami sembelit
assalamualaikum doctor…anak saya barusia 6bulan baru belajar makan…die mengalami sembelit dimana najis hanya keluar seketul kecil dah 3 hari buang air besar macam tu…jadi apa perlu saya lakukan??perlu ambil ubat bagi lmbutkan najis ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan bayi sembelit antaranya ialah:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Pengaruh ubat-ubatan-Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit.
Anda adalah amat disarankan untuk membawa anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti bagi mengetahui punca yang sebenar supaya rawatan boleh diberikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.