
Sulit
3 tahun
Bayi mengeran berpanjangan
anak saya berusia 1 bulan 2 minggu mengalami masalah untuk berak/kentut. setiap hari dia akan meneran sekuatnya untuk melepaskn gas/berak , bayi nampak kurang selesa setiap masa. tp najis bayi dlm keadaan yg lembut dan bewarna kuning. untuk pengetahuan Dr, sy ada jgk topup susu formula dan sy ada juga pg ke klinik dan hospital bertanyakan soalan ni dan jawapan Dr adalah sama “its normal” tp Dr, kalau benda ni berlarutan selama sebulan adakah ia normal? mcm cara saya da buat seperti urutan, tukar susu tp tiada beza. sekarang anak akan berak 2 hari sekali. sy risau sgt. harap Dr dpt membntu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda terhadap anak anda yang tidak membuang air besar dan akan meneran sekuatnya untuk mengeluarkan najis ataupun angin. Jangan bimbang kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kekerapan membuang najis bagi setiap bayi atau individu adalah berbeza dan ini bergantung dengan beberapa faktor seperti:
- Umur
- Pemakanan
- Pergerakan usus
Secara purata, bayi akan membuang najis 1 hingga 2 kali sehari dan juga boleh membuang najis selang 2 atau 3 hari sekali . Mengenai masalah yang dialami oleh anak anda, kami sarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dibuat .
Berikut merupakan antara punca lazim mengapa anak anda tidak membuang najis:
- Dehidrasi
- Jangkitan usus
- Pergerakan usus yang perlahan
Kami juga sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan pandangan kedua dan juga supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.