
Sulit
3 tahun
Bayi minum susu formula
Hi , saya nak tanya berkenaan bayi saya umur sebulan lebih minum susu formula similac tapi anak saya selsema & berkahak jadi saya tukar susu lain susu lactogen tapi dia berak warna hijau dan sangat cair . Jadi saya tukar lagi balik ke susu similac sekarang dah 2 hari tiada berak . Normal ke dokter atau kena bawa dia pergi klinik ? Kencing ok dan selalu kentut kadang kentut ada terkeluar najis sikit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang kesihatan bayi anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, beberapa punca bayi cirit-birit adalah seperti yang berikut:
- Alergi makanan
- Kekurangan enzim tertentu
- Jangkitan perut atau usus
Kadang kala, najis bayi juga boleh berubah disebabkan perubahan corak pemakanan tertentu seperti pertukaran susu. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor pakar kanak-kanak untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan mendapat rawatan yang sepatutnya. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.