
Sulit
5 tahun
Bayi muntah susu formula
Salam doktor,bayi sy bru brumur 3 bulan 1 hari…smp sekarang dia mnom susu formula 2onz sahaja.adakah itu sukatan normal bg bayi brusia dia?apabila dia mnom 3onz dia akn muntah balik susu itu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pada usia awal, perut bayi masih kecil. Justeru, kuantiti susu yang boleh dihadam hanyalah sedikit. Ukuran perut bayi akan membesar setiap hari, sehingga kuantiti susu yang diambil akan bertambah. Seandainya susu yang diberikan adalah banyak, maka ia boleh menyebabkan bayi mengeluarkan susu tersebut. Sebagai panduan menentukan kuantiti susu setiap hidangan sesuai usia bayi, anda adalah digalakkan untuk merujuk doktor. Secara umum, bayi berusia kurang 3 bulan hanya memerlukan sekitar 100-150 ml setiap hidangan. Apabila bayi muntah terlalu banyak, dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain seperti:
- Alahan makanan atau susu
- Susu rosak atau basi atau keracunan makanan
- Jangkitan kuman pada saluran udara/makanan ataupun paru-paru
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.