
Sulit
5 tahun
Bayi satu tahun demam dan batuk
anak saya sudah dua hari batuk-batuk. apakah ubat yang sesuai diberikan kepadanya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus di paru-paru
- Jangkitan kerongkong
- Jangkitan pharynx
- Jangkitan resdung
Untuk menentukan rawatan yang mana paling sesuai untuk anak anda, punca penyakit ini harus diketahui dahulu kerana punca berlainan mempunyai rawatan tersendirinya. Kami sarankan anda untuk membawa anak anda ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut sebelum memberikan ubat-ubatan kerana kadang kala ubat yang salah akan menyebabkan kesan sampingan yang teruk.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.