
Sulit
4 tahun
Bayi saya berusia sebulan mengalami sembelit kembung perut, menangis dan merengek di waktu malam
Hi doctor, bayi saya berusia sebulan mengalami masalah sembelit. Saya menyusukan bayi dgn susu bdn dan formula. Setakat ini saya sudah mencuba susu mamex, dupro dan frisolac tetapi najis bayi tetap keras. Setiap hari ada membuang tetapi tidak banyak dan agak keras. Boleh tak dr cadangkan susu formula terbaik untuk bayi dan adakah berkaitan dengan laktosa? Adakah saya perlu menukar susu kepada bebas laktosa? Bayi saya juga mengalami kembung pada waktu mlm dan nmpk resah apabila minum susu. Terima kasih ats saranan dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bayi anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya:
- penyusuan tidak mencukupi
- tidak sesuai dengan jenis susu formula
- masalah pada usus seperti usus berbelit
- masalah pada perut
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat kepada masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Si cilik perlu mendapatkan perhatian kesihatan yang sebaiknya. Bincang isu kesihatan kanak-kanak