
Sulit
5 tahun
Bayi sebulan demam & Sembelit
Slmt petang doc, sy nak tanya… dlm 2,3 hari ni suhu badan anak saya 36.9 - 37.5 turun naik mcam tu…nafas baby mcam ada kahak… dah titis ubat air garam tpi still mcm tu jgk… baby menyusu mcam biasa, kencing pun ok tapi berak mcam sembelit la pulak… najis kering & ketul2… baby mnum susu fm sbb susu bdn trsangat la krg… yg hairan dia kat cni sbelum ni susu tu jg dia mnum, najis elok je x kering, knp blh mcam tu ek doc? Dlm msa sma risau jg suhu baby mcm tu… ada ka d sbbkn ole kahak tu @ mcm mna?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk berkahak pada bayi yang berusia 1 bulan boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- Infeksi saluran pernafasan atas
- Jangkitan paru-paru
- Alergi
Memandangkan bayi anda masih terlalu kecil, sebaiknya diperhatikan dan dibawa rujuk ke doktor dengan segera kerana dikhuatiri kondisi dapat memburuk.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.