
Anonymous
3 tahun
Bayi selesma dan batuk
Anak saya baru berusia 3 bulan sekarang ni tengah selesma dan batok akibat terjangkit dengan anak buah saya… Apa cara saya harus buat untuk melegakan atau mengurangkan selesma anak saya doktor? Dan vikcs baby balsam bagus ka untuk baby berusia 3 bulan?

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Bagi bayi berusia 3 bulan seperti anak anda, sistem pertahanan badan mereka adalah masih rendah. Jadi mereka sememangnya lebih muda mendapat jangkitan seperti selsema dan batuk.
Kebanyakan selsema dan batuk adalah disebabkan oleh virus dan akan sembuh dalam tempoh seminggu. Namun begitu, bagi bayi kecil, masalah ini menyebabkan mereka tidak selesa dan oleh kerana sistem pertahanan tubuh mereka belum matang, masalah ini boleh menjadi lebih serius.
Vicks adalah sejenis ointment yang bersifat “berangin” dan ini boleh membantu memberi kelegaan. Namun begitu ia mengandungi bahan yang tidak sesuai digunakan bagi kanak - kanak bawah 2 tahun. Namun begitu, Vicks baby balsam tidak mengandungi bahan ini dan boleh digunakan bagi bayi berusia 3 bulan ke atas untuk kegunaan luaran sahaja.
Saya sarankan agar anda merujuk tentang kesihatan anak anda kepada doktor agar maklumat lanjut dan pemeriksaan boleh dijalankan. Sekiranya perlu, anda and akan diberikan ubat bagi meredakan selsema dan batuk yang dihidapinya. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.