Sulit
3 tahun
Bayi sering terberak saat kentut atau meniarap dan batuk
Bayi sering terberak saat kentut atau meniarap dan batuk adakah itu normal bagi bayi barusia 4 bulan?
Adakah normal jika kelihatan urat di kelopak mata bayi?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, perkara berak ketika kentut atau batuk adalah gejala yang normal bagi bayi kerana sistem penghadaman mereka masih lagi berkembang. Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor diet pemakanan kerana bayi berusia 6 bulan dan ke-bawah hanya meminum susu.
Namun anda perlu ke klinik dengan segera jika bayi anda mempunyai gejala seperti:
- Tidak membuang air besar
- Tidak ingin meminum susu
- Kelihatan pucat
- Sukar untuk membuang air kecil
- Demam
Kami memerlukan pemeriksaan lebih lanjut tentang persoalan kedua anda sebelum kami boleh memberikan kesimpulan. Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.