
Sulit
3 tahun
Bayi tidak berak 9 hari
Hi . Normal ke bayi tidak berak 9 hari ? Bayi berumur 4 bulan . Adakah saya perlu tukar susu ? Bayi tidak meragam . Tidur dgn lena . Kencing dgn baik . Susu dgn baik . Dia minum susu formula dan susu badan . Dia kerap kentut kuat dan busuk . Adakah normal ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya bayi anda tidak meragam, dapat tidur, minum susu dan kencing dengan baik, ia adalah normal. Sebabnya bayi biasanya minum susu sahaja, najisnya ambil masa lebih lama untuk terbentuk. Selain itu, bayi anda dapat kentut maksudnya sistem pencernaannya fungsi secara biasa dan tidak tersumbat.
Sekiranya bayi anda tidak berak melebihi 14 hari, sila merujuk kepada doktor untuk periksaan dan penyelidikan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.