
Sulit
3 tahun
Bayo berusoa setahun emoat bulan mengalami demam batuk dan selesema
Bayi saya berusia setahun 4 bulan. Lahir pramatang pada 31minggu.
Bayi sy mengalami batuk dan selesema dan nafas sedikit laju pd waktu malam. Hari ke 4, dibawa ke kilinik untuk rawatan
dan diberikan pcm, antibiotik dan ubat caorkan kahak.
Soalan saya, setelah dua hari makan ubat, mengapakah nafas msih sama. Adakah nafas akn kembali normal setelah antibiotik habis?. Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan diberikan kepada pesakit atas indikasi tertentu. Ubat tersebut perlulah diminum mengikut arahan daripada doktor kerana kebanyakan ubat mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Jika terdapat kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, anda hendaklah merujuk kepada doktor yang merawat anda.
Untuk ubat antibiotik, anda harulah memastikan bahawa anak anda menghabiskan ubat antibiotik yang diberi oleh doktor. Ini adalah kerana anak anda tidak menghabiskan antibiotik tersebut dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan oleh doktor, bakteria atau virus di dalam badan anak anda akan menjadi resisten dan ubat antibiotik tersebut akan menjadi tidak efektif untuk melawan penyakit anak anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.