Sulit
5 tahun
Bekas pesakit covid-19
Saya telah dijangkiti covid 19 dan telah dikuarantin di PKKN Sungai Buloh. Saya sudah habis kuarantin dan dibenarkan pulang ke rumah. Doktor cakap saya sudah sembuh & tak perlu sambung kuarantin lagi di rumah & tak perlu buat swab test. Jadi, saya ada beberapa soalan mengenai masalah saya:
- macam mana doktor boleh pastikan yang saya sudah sembuh dari covid kerana tiada swab test dilakukan terhadap saya semasa kuarantin dan selepas kuarantin.
- macam mana nak tahu virus covid yg ada dalam badan sudah mati & tidak boleh menjangkiti sesiapa?
- bila masa yang sesuai untuk saya membuat swab test bagi memastikan yg saya sudah negatif covid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui keterangan di atas, kami memahami kerisauan anda mengenai kondisi diri anda selepas sembuh daripada jangkitan COVID-19. Kami akan cuba menjawab persoalan anda.
Pengesahan anda telah sembuh daripada jangkitan COVID-19 adalah berdasarkan penilaian doktor yang bertugas di pusan kuarantin anda. Kebiasaannya mereka yang tidak lagi bergejala selepas tempoh 14 hari dianggap telah sembuh berdasarkan kajian yang menunjukkan mereka yang positif dan tidak bergejala selepas tempoh inkubasi virus (14 hari) tidak lagi berpotensi menyebarkan virus ini.
Sekiranya anda melakukan ujian swab, besar kemungkinan keputusan anda masih positif kerana fragmen atau serpihan virus yang sudah mati di dalam tubuh anda masih boleh dikesan.
Setakat ini, tempoh masa fragmen virus ini masih boleh dikesan di dalam tubuh anda masih tidak dapat dipastikan, Namun, anda boleh hidup seperti biasa kerana tidak berpotensi menyebarkan jangkitan ini.
Akan tetapi anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan SOP iaitu penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan kerap.
Hubungi kami secara atas talian sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan lain tentang kesihatan.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































