
boboywensen321
3 tahun
Bekas pesakit covid boleh menjalankan ujian pcr?
hello doc, saya bekas pesakit covid pada 25.8.2021, adakah saya boleh menjalankan ujian pcr pada 3.12.2021, dan adakah result pcr saya akan menunjukkan positive??

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang sekiranya keputusan PCR test yang akan diambil menunjukkan keputusan positif. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, keputusan PCR akan menunjukkan keputusan positif sekiranya anda sedang mengalami jangkitan Covid-19. Ia tidak bergantung kepada sejarah kesihatan anda sebelumnya. Sebagai pengetahuan, simptom-simptom jangkitan covid-19 adalah seperti berikut:
Simptom yang sering berlaku:
- Demam
- Selsema
- Batuk
- Keletihan
- Hilang deria bau dan rasa
Simptom yang jarang berlaku:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Cirit-birit
- Kulit yang kemerah-merahan
Simptom yang serius:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Pitam
Anda disarankan untuk melakukan ujian kendiri covid-19 atau berbincang dengan doktor agar mendapat kepastian tentang tahap kesihatan anda.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini