sraihanbaha
4 tahun
Bekas pesakit covid duduk serumah dengan pesakit covid aktif
Saya bekas pesakit covid yang baru habis menjalani kuarantin dan sekarang saya duduk serumah dengan pesakit covid aktif. Adakah saya boleh dijangkiti lagi atau menjangkiti orang lain? Saya ada mendengar bahawa pesakit covid tidak menjangkiti atau dijangkiti selama tempoh 90 hari selepas kuarantin. Terima kasih
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, bekas pesakit Covid-19 mempunyai antibodi terhadap virus ini yang menjadikan mereka imun. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa imuniti ini akan kekal dalam badan selama 3-6 bulan. Sepanjang waktu ini, mereka tidak akan dijangkiti virus Covid-19. Namun, jika antibodi dalam badan telah berkurangan, maka mereka akan djangkiti virus ini sekali lagi. Memandangkan anda ialah bekas pesakit Covid, anda tidak akan dijangkiti virus ini selagi antibodi berada dalam badan. Anda dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan sosial dan kebersihan tangan yang baik.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi dokor kami secara atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































