Sulit
5 tahun
Bekas pesakit covid jika jadi kontak rapat semula dalam 3 bulan adakah perlu wat swab test dari kkm semula sedangkan keputusannya nanti akan positif lagin
Dalam tempoh masa 3 hingga 6 bulan biasanya keputusan bekas pesakit covid akan positifjika buat swab semula…betul ke kenyataan ni,jadi kkm akan buat swab lagi kepada pesakit apabila dalam tempoh masa 3 hingga 6 bulan tu dia menjadi kontak rapat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, ujian swab tersebut akan jadi positif sekiranya jumlah virus meningkat melebihi tahap yang telah ditetapkan oleh KKM.
Selain itu, bekas pesakit biasanya akan mempunyai sistem imuniti berfungsi yang menghasilkan antibodi terhadap virus covid serta berisiko rendah dijangkit lagi. Walaupun begitu, bekas pesakit masih mestilah mengikuti SOP, memakai mask, rajin basuh tangan, jaga kebersihan masing-masing dan jarakkan diri sama lain. Terima suntikan vaksin Covid mengikuti jadual masa yang diberikan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































