
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit covid menjaga keluarga yg positif
Nak tanya doktor, suami saya telah tamat tempoh kuarantin positif 2 mggu lepas. Selepas vaksin,saya dan suami telah mengalami demam dan batuk… bila buat rtk saya dan anak telah sah positif covid dan suami juga telah kuarantin sekali…adakah suami sy boleh menjaga dan menyentuh saya dan anak yg skg positif,adakah suami saya perlu memakai mask dan tidak boleh menyentuh kami… terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kerisauan anda. Untuk pengetahuan anda, Selepas menjalani kuarantin wajib 10 hari dan disahkan bebas daripada covid, suami anda sudah termasuk di dalam kategori yang tidak akan menjangkiti orang lain.
Jadi jelas di sini tiada masalah untuk suami anda mendukung dan bermain dengan anak anda.
Bagaimanapun, untuk kepastian, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini