
Sulit
3 tahun
Bekas pesakit covid tp still ade simptom covid
sye berusia 38 tahunn dah baru bebas covid akhir bulan lps. Sye mengalami long covid di mana bdn sye sering beragin, lesu and kdg2 terase dada sye sakit die bahagian kiri and kdg2 jantung laju. sye belummengambil vaksin. perlukan sye mengambil vaksin dlm mase terdekat atau kne tunggu smpi badan sye betul2 ok. perlukan sye buat x ray tuk tanye keaddan lung sye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, sukar tarik nafas, sakit dada, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang, doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Selain itu, anda boleh terima vaksin covid sekiranya anda tidak terima sebarang perubatan ketika anda dijangkiti covid-19. Jika anda pernah terima perubatan masa jangkitan anda, mungkinnya anda perlu tunggu sepanjang 3 bulan baru boleh terima vaksin covid. Anda boleh menghubungi pusat vaksinasi anda terhadap perkara ini untuk dapatkan arahan terkini.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini