
Anonymous
6 tahun
Bekas pesakit septic arthritis
Saya bekas pesakit septic arthritis,selepas pembedahan Saya mengalami beberapa simptom seperti sering sakit selepas bejalan jauh dan tidak boleh membengkok lutut sepenuhnya, apakah langkah susulan atau supliment yg bagus until Saya amalkan

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selepas pembedahan, kesan sampingan yang biasa berlaku adalah kesakitan dan ini boleh menyebabkan pergerakan anda terbatas terutamanya pembedahan pada sendi utama seperti lutut.
Bagi membantu anda dalam masalah ini, langkah terbaik adalah senaman dan fisioterapi. Anda amat disarankan untuk mendapatkan maklumat tentang senaman yang baik dan bagus untuk anda bagi melegakan kesakitan dan kesukaran dalam pergerakan lutut tersebut. Anda tidak digalakkan melakukan sebarang senaman yang terlalu berat kerana mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang lebih serius.
Pemakanan yang seimbang haruslah diamalkan bagi membantu pemulihan kecederaan pada lutut anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!