
Sulit
3 tahun
Bekas psakit covid 14 hari swab test kit negetive
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya ingin tanya . Saya ini baru 14 hari lepas kurantin di rumah. Tapi nak masuk kerja kena buat test kit tu . Bila buat dye tunjukan sya ni negetive . .tapi dengar daei orang bekas pesakit covid ni positif slama 90 hari. . . Tolong terangkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, tempoh kuarantin tersebut adalah mengenai tempoh keberjangkitan Covid-19. Ia bermaksud, setelah 10 hingga 14 hari anda tidak lagi menyebarkan wabak kepada orang berdekatan. Anda selamat untuk bekerja.
Walaupun begitu, simptom daripada jangkitan Covid-19 boleh bertahan lebih lama. Sesetengah simptom boleh bertahan sehingga lebih 12 minggu. Ia juga dikenali sebaga long-covid.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh diajukan kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini